~Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)~

Saya cukup kagum dengan apa yang telah dilakukan oleh penggerak MIHAS menggembleng tenaga dalam usaha menjayakan MIHAS pada tahun ini. Siapa lagi yang nak memperjuangkan produk halal jika tidak orang Islam sendiri.Mihas atau Pameran Halal Antarabangsa Malaysia sedang gah berlansung di Matrade Exhibition dan Convention Centre (MECC)di Kuala Lumpur pada 23-27 Jun 2010.

http://www.halal.com.my/

Serba sedikit saya akan berkongsi tentang MIHAS yang pernah saya baca dalam akhbar Berita Harian Isnin lalu. Apabila menyingkap sejarah pada suatu ketika tiga bulan sebelum penganjuran MIHAS yang pertama pada 2004, tidak ada suatu pun permintaan diterima, sedangkan persiapan sudah dilakukan sejak 2003 untuk menjayakan pameran yang julung kali itu.

Berkat kesabaran penggerak MIHAS, satu demi satu penyertaan diterima daripada tempatan dan luar negara.Sehinggalah pada hari tahun ini menunjukkan peningkatan. MIHAS kali ini melibatkan 600 penyertaan daripada 32 negara termasuk penyertaan dari Albania, Belgium, Gambia, Hongkong dan Itali. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, MIHAS kali ketujuh itu juga akan menyaksikan penyertaan sebanyak 503 buah syarikat.

Daripada jumlah itu, 169 buah merupakan syarikat antarabangsa dan bakinya sebanyak 334 ialah syarikat tempatan yang akan menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan di 661 gerai berbanding 628 gerai tahun lalu.

Pameran tersebut menggalakkan produk yang mempunyai logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi produk tempatan.

Bak kata Ketua Eksekutif MIHAS"inilah dakwah untuk tingkatkan dan seterusnya memakmurkan industri halal". Tambahan beliau Malaysia boleh membuat perubahan besar di dunia dengan membudayakan penggunaan produk halal.

Sumber Berita Harian 21 JUN 2010-Hasliza Hassan dan Kosmo online


Semangat seperti inilah yang perlu ada dalam setiap usahawan muslim dalam memartabatkan produk halal di kalangan masyarakat Islam itu sendiri. Ini telah menjadi tanggungjawab orang Islam menegakkan hukum agama Allah dalam permakanan. Marilah bersama-sama bukan sahaja menjadi pengguna produk halal malah menjadi pengeluar produk halal.. InsyaAllah~

No comments:

Post a Comment