AGEN BARU

Terima Kasih Kerana Sudi Menjadi Agent Di bawah Syarikat A&A Mobile.

Saya akan memberi GuideLine kepada agen baru yang masih tidak berapa faham konsep agent topup merangkap penjual topup.

Langkah Setelah Anda Berdaftar Sebagai Agen,

1. Apabila anda didaftarkan, anda akan menerima satu akaun khas untuk anda menjual topup. Satu ID akan diberikan, CONTOH : A0111. Dan PIN permulaan 1234. PIN tersebut anda boleh tukar mengikut citarasa anda mengikut format 4 angka, cara menukar no PIN boleh rujuk di FORMAT SMS.

2. Anda boleh periksa akaun anda dengan menaip BAKI dan hantar ke SERVER (Senarai no server ada di sebelah kanan web ini). Anda akan terima mesej dari server mengenai maklumat akaun anda. Saya sarankan anda menambah modal dahulu sebelum memulakan sebarang transaksi atau topup. Cara tambah modal boleh lihat di TAMBAH MODAL.

3. Sekiranya anda sudah mempunyai modal, anda sudah boleh mula aktif menjual topup. Cara format SMS tambah nilai kepada pelangan boleh rujuk di FORMAT SMS.

4. Mungkin ada yang kurang faham bagaimana nak semak keuntungan. Sebenarnya keuntungan tidak boleh di semak macam menyemak baki. keuntungan dapat dilihat sekiranya anda sendiri mengiranya. CONTOH :: Anda tambah modal sebanyak RM100, maknanya dalam akaun anda ada RM100, kemudian anda menjual sekaligus Topup celcom 100 untuk pakej keuntungan 3%. RM100 x 3% = RM3, Jadi, Harga agen setelah ditolak keuntungan adalah RM97.00. Jadi server hanya akan tolak RM97 dari akaun anda, dan baki RM3 akan tetap dalam akaun sebagai modal anda. Kemudian anda tambah modal RM50 pula, Jadi, baki semasa anda sekarang akan jadi RM53 setelah ditambah keuntungan tadi. Dan begitulah untuk seterusnya.

5. Lain pula jika anda ada DOWNLINE, anda boleh semak baki komisen jualan downline anda dengan menaip BAKI dan hantar ke server. CONTOH mesej yg diterima:: Nama anda, ID anda. Baki RM0 58.244 komisin RM0.4.154.taip Tukar.all  utk tebus komisin . Baki tersebut boleh di tukar menjadi modal anda.

6. Bagi Pakej/Level yang boleh daftar downline iaitu Level SR hingga MG, anda hanya boleh daftarkan level/pakej bawah anda sahaja, anda tidak boleh daftarkan satu level dengan anda atau level atas dari anda. Anda boleh daftar downline, semak baki downline atau upgrade downline mengikut format sms di bahagian FORMAT SMS.

7. PLEASE NOTE!! Bagi agen yang jarang Online atau yang jarang buka web ni untuk melihat FORMAT SMS. Sila salin atau take note format sms di mana-mana, contoh di handphone sebagai rujukan. Hanya note format yang penting contoh cara tambah nilai, cara semak baki dan cara tambah modal. Yang lain terserah pada anda. Dan sila guna no server yang sama dengan line no anda, contoh sekiranya anda Celcom anda hantar sms ke server celcom, kalau maxis ke maxis dan kalu Digi ke Digi. Server di sediakan 3 line bagi memudahkan/menjimatkan kos agen menghantar mesej. Andai kata anda guna no celcom, anda boleh topupkan no celcom, maxis, digi dan lain, tapi anda hantar format sms ke server celcom.

8. Lagi jimat sekiranya anda menggunakan YM. Sila daftar YM dahulu mengikut format sms di FORMAT SMS. Sekiranya pendaftaran YM anda GAGAL, Sila Call CARELINE untuk daftar secara manual, caj RM5 akan dikenakan untuk pendaftaran YM.

9. TAKE NOTE :: Code Topup Anda boleh lihat di FORMAT SMS. Bagi Celcom RM3, Syarikat caj RM3.30 kepada agent. Maka agent di sarankan menjual dengan harga lebih dari harga tersebut sebagai contoh RM3.50. *hanya celcom RM3 & RM4 sahaja disebabkan Celcom tidak mengeluarkan reload RM3 & RM4 sekarang maka syarikat ambil inisiatif untuk membuat transfer kredit kepada pelangan. Yang lain semua masih sama.

10. Anda juga boleh semak stok dan harga agent di WEB REPORT. Klik Bahagian HARGA. Caranya ada di sebelah kanan web ini.

Sekiranya anda ada masalah dengan SERVER atau produk. Boleh terus Call ke CARELINE, senarai no careline di sebelah kanan web.

Jika anda nak lihat Harga Jualan Topup Semasa, Transaksi Jualan, Mesej yg Dihantar Pada Server atau sebagainya. Anda boleh Login di WEB REPORT.

No comments:

Post a Comment