F.A.Q

Bagaimana ingin daftar?
Anda boleh memilih mana-mana level pendaftaran. Pendaftaran adalah sekali seumur hidup.
Lihat sini
Bolehkah saya upgrade level ejen topup?
Anda boleh upgrade level pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya menambah duit seperti yuran level tersebut. Cth: yuran daftar Agen (A)RM20 ingin upgrade ke level Master(M)-RM30, maka anda hanya perlu tambah RM10 lagi dan bank in ke akaun saya.
Adakah akaun topup(modal) dan kredit simcard yang digunakan sama?
Tidak sama. Akaun topup(modal) dan kredit simcard adalah berbeza akaun.
Apakah saya perlu lakukan setelah saya sudah daftar?
Pastikan modal dimasukkan. Mula-mula anda perlukan aktifkan no hp (sama ada 8pax/active10/digi friend and family). Ini kerana anda akan dikenakan caj penghantaran sms. Kemudian anda bolehlah mula top-up kepada pelanggan.

Apa yang biasa menyebabkan transaksi gagal

Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut:-
- Prepaid Handphone anda habis.
- Modal credit anda habis.
- Pin anda sedang diblock
- Pin anda salah.
- Kod produk salah.
- No. Tujuan tidak benar.
- Operator telefon atau operator sedang ada gangguan.
- Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke no center.
- Kesalahan dalam mengirimkan ke no center.

Berapa lama akaun ejen baru akan aktif setelah melakukan deposit?
Akaun baru akan aktif dalam masa 15 minit - 24 jam. Anda akan menerima sms dari server.

Apakah deposit modal kredit ejen akan hangus dalam waktu tertentu?
Deposit modal kredit tidak akan hangus dalam waktu tertentu & tidak akan berkurang apabila tidak gunakan untuk melakukan transaksi.

Apakah ejen dapat mendaftarkan ejen baru?
Ya. ejen boleh mendaftarkan ejen baru. Yuran pendaftaran EJEN yang tentukan. Caj server RM10.00 akan dikenakan kepada anda sewaktu menjalankan transaksi ini. Lihat sini

Dalam 24 jam apakah saya dapat melakukan pembelian prepaid lebih sekali dengan nilai dan kepada no hp yang sama?
Ya, cuma perlu tukar format sms. Lihat format sms sini

Deposit modal kredit ejen berkurang, sedangkan transaksi belum masuk?
Sila hubungi CareLine Pengendali server untuk tindakan segera 014-830 7732

Berapa lama deposit modal credit akan ditambahkan, jika sudah melakukan pembayaran bank in?
Jika tidak ada gangguan internet banking deposit anda akan ditambah kurang lebih 15 minit - 3 jam dan akan menerima SMS pengesahan jika deposit sudah ditambahkan.

Bagaimana jika ada pertanyaan lain selain pertanyaan di atas?
Sila rujuk ruangan pertanyaan.

Mengapa pelanggan tidak menerima Topup?
Perkara ini biasa terjadi disebabkan kerana, kemungkinan pelanggan memberi nombor prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup itu. Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak di topup sebelum anda menghantar SMS tersebut. Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan syarikat

Kenapa topup lambat diterima oleh pelanggan?
Perkara ini mungkin juga akan terjadi disebabkan pada masa-masa tertentu kemungkinan terlalu ramai orang yang sedang topup dan system rangkaian server Maxis dan Celcom terlalu sibuk mengendali dan memproses topup

Perkara lain yang mungkin terjadi...
SMS yang anda hantar tidak sampai ke server. Ini mungkin juga disebab ketika anda menghantar sms itu, tiada atau kurang liputan rangkaian. Ini juga disebabkan mungkin kerana kesibukan pengendali rangkaian yang sedang melakukan kerja-kerja maintain system rangkaian mereka. Masalah ini biasanya jarang berlaku. Setiap kali anda topup pelanggan, sila pastikan mesej yang dihantar itu betul-betul telah berjaya dihantar.(aktifkan delivery report) Sekiranya sms anda berjaya dihantar, bermakna pelanggan anda berjaya ditopup. Setelah pelanggan berjaya ditopup, anda akan menerima mesej pengesahan beserta makluman baki terkini dari server

Mengapa topup pelanggan tidak masuk tetapi modal sudah dipotong?
Sila pastikan pelanggan anda jujur. Selain itu ada juga, mungkin berlaku "sim hang". Pastikan anda menyarankan supaya hp pelaggan tadi di on/off terlebih dahulu bertujuan untuk restart sim dan pastikan nombor yang dimasukkan adalah benar sama seperti dalam sms request anda. Jika masalah masih berlaku boleh hubungi admin server dengan segera.
Bolehkah saya menambah no hp yang lain?
Boleh. Format sms TAMBAH NOMBOR HP
Taip TNO.NO HP.1234 dan hantar ke no server
*boleh guna huruf besar atau kecil
Apa kegunaan web report?
Di situ anda boleh lihat transaksi –transaksi yang dilakukan(sms keluar dan masuk), format sms, harga produk, komisen yang diterima. Anda juga boleh cetak data2 ini untuk keperluan anda dan syarikat.
Web report lihat di sini

No comments:

Post a Comment